Saturday, March 10, 2007

Meningkatkan Keyakinan Diri

DOA MOHON RAHMAT DAN PETUNJUK

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami rahmat disisi-Mu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk untuk urusan kami.
(Al Kahfi, ayat 10)

Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan senantiasa dikagumi walaupun merendah diri. Ciri-cirinya :-

Senantiasa memperbaiki imej diri.

Senantiasa berfikiran positif.

Bersedia untuk melakukan perubahan pada bila-bila masa.

Senantiasa senyum.

Tidak jemu mempelajari sesuatu yang baru.

Yakin terhadap diri sendiri.

Tidak berpura-pura.

INSYAALLAH.

WASSALAM.

Sunday, March 4, 2007

AL IKHLAS, AL FALAQ & AN NAAS




TERJEMAHAN

AL IKHLAS

1. Say: He is Allah, the One and Only.

2. Allah, the Eternal, Absolute.

3. He begetteth not, nor is He begotten.

4. And there is none like unto Him.


Surah Al Ikhlas (tauhid yang sebersih-bersihnya) adalah surah yang ke 112 di dalam Al Quran yang mengandungi empat ayat dan ia dinamakan Al Ikhlas kerana Rasulullah (saw) diperintahkan agar menegaskan kepada umatnya bahawa Allah Taala adalah Yang Maha Esa dan tiada tandingnya. Surah ini merupakan firman Allah yang menjadi pokok akidah yang sebersih-bersihnya untuk dijadikan panduan hidup umat Islam.


KELEBIHAN & HIKMAH

1. Membaca surah Al Ikhlas satu kali, Allah akan memberi pahala sebanyak pahala seratus orang pahlawan syahid dan seolah-olah membaca sepertiga Al Quran.

2. Membaca surah Al Ikhlas tiga kali seolah-olah ia membaca keseluruhan AL Quran.

3. Sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas sepuluh kali setiap kali selepas solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya satu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh menggodanya dan Allah akan membina satu rumah untuknya di dalam Syurga.

4. Membaca surah Al Ikhlas di dalam solat-solat fardhu maka Allah akan mengampuni dosanya serta kedua ibubapanya.

5. Membaca surah Al Ikhlas sebelas kali di atas perkuburan dan pahalanya disedekahkan kepada ahli kubur maka dihadiahkan kepada pensedekah pahala mereka yg telah meninggal dunia sebanyak semasa mereka hidup.

AL FALAQ

1. Say: I seek refuge with the Lord of the Dawn.

2. From the mischief of created things.

3. From the mischief of Darkness as it overspreads.

4. From the mischief of those who practise secret arts.

5. And from the mischief of the envious one as he practises envy.

AN NAAS

1. Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind.

2. The King (or Ruler) of Mankind.

3. The god (or judge) of Mankind.

4. From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper).

5. (The same) who whispers into the hearts of Mankind.

6. Among Jinns and among men.


Surah Al Falaq (sekalian makhluk) adalah surah yang ke113 mengandungi lima ayat dan surah An Naas (manusia) adalah surah ke114 di dalam Al Quran yang mengandungi enam ayat. Kedua-dua surah ini di gelar "Mu'awwizatain" atau dua Ta'awuz. Surah ini diturunkan setelah Nabi Muhammad (saw) selalu berdoa kepada Allah memohon perlindungan daripada kejahatan manusia dan syaitan.

Surah Al Falaq mengajar kita memohon perlindungan dari Allah (swt) daripada kejahatan makhluk-makhluk Allah dan perbuatan sihir, khianat, hasat dengki, iri hati dan sebagainya.

Surah An Naas mengajar kita memohon perlindungan dari Allah terhadap bahaya-bahaya yang batin seperti gangguan dari syaitan dan jin, tipu daya, prasangka buruk yang boleh merosakkan akidah, amal ibadat dan cara hidup.

KELEBIHAN & HIKMAH

1. Baca kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang yang memegang kuasa, orang-orang jahat atau sebagainya.

2. Bacalah kedua-dua surah ini ketika sesat di dalam gelap atau hutan, INSYAALLAH akan terselamat.

3. Bacakan sebanyak 41 kali setiap malam selama tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut untuk menyembuhkan penyakit terkena sihir.

4. Amalkan membaca kedua surah ini tiga kali setiap pagi dan petang didahului dengan membaca surah Al Faatihah dan surah Al Ikhlas, INSYAALLAH keperluan hidup kita cukup.

Demikianlah diantara kelebihan dan hikmah membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas. INSYAALLAH.

WASSALAM.