Friday, February 23, 2007

AL FATIHAH


TERJEMAHAN

1. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

2. Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds.

3. Most Gracious, Most Merciful.

4. Master of the Day of Judgment.

5. Thee do we worship, and Thine aid we seek.

6. Show us the straight way.

7. The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.



Surah Al Fatihah adalah surah pembuka kata iaitu surah yang pertama di dalam Al Qur'an yang mengandungi tujuh (7) ayat dan digelarkan sebagai "Ummul-Qur'an" kerana ia mengandungi secara ringkas isi-isi keseluruhan kandungan Al Qur'an.

Semenjak zaman Rasulullah (saw) dan para ulama lagi telah mengamalkan membaca surah ini di setiap majlis agama dan berdoa. Tanpa kita sedari surah Al Fatihah adalah doa yang sangat berfaedah bagi kita semua.


KELEBIHAN & HIKMAH
1. Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Qur'an.

2. Amalkan membaca Al Fatihah sebanyak 70 kali sehari didalam keadaan berwudhuk dan dihembuskan pada air dan di minum selama tujuh hari insyaallah akan mudah memperolehi ilmu dan dapat mengawal hati dan fikiran.

3. Amalkan membaca Al Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selepas solat fardhu insyaallah akan memperolehi rezeki yang tidak putus, mudah dalam sebarang urusan dan mendapat perlindungan dari Allah (swt).

4. Supaya tidur terhindar dari gangguan syaitan, amalkan membaca Al Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al Falaq dan diakhiri dengan surah An Nas.

5. Jika hendak memohon sesuatu yang baik dari Allah, cubalah membaca Al Fatihah sebanyak 40 kali setiap selepas solat Maghrib. Insyaallah tercapai.

6. Al Fatihah juga dapat mengubati sakit ringan seperti sakit gigi, sakit perut dan sakit mata jika di amalkan membacanya sebanyak 41 kali.

Demikianlah diantara kelebihan dan hikmah membaca surah Al Fatihah. INSYAALLAH.

WASSALAM.

Tuesday, February 20, 2007

The Noble Al-Qur'an

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

The Qur'an (Al-Qur'an) is a message from Allah to humanity. It was transmitted to us in a chain starting from the Allah The Almighty Himself (swt) to the angel Gabriel and to the Prophet Muhammad (saw).


The message was given to the Prophet (saw) in pieces over a period spanning approximately 23 years (610 CE to 622 CE). The Prophet (saw) was 40 years old when the Qur'an began to be revealed to him, and he was 63 when the revelation was completed. The language of the original message was in Arabic, but it has been translated into many other languages.

Al Qur'an also known from what i've think is the first and the last place where you can use as a guide to every question in our life. Al Qur'an has the answer to Sains, lifestyle and so many other things that was and will happen in our future.

The Qur'an is one leg of two which form the basis of Islam. The second leg is the Sunnah of the Prophet (saw). What makes the Qur'an different from the Sunnah is its primarily its form. Unlike the Sunnah, the Qur'an is quite literally the Word of Allah, whereas the Sunnah was inspired by Allah but the wording and actions are from the Prophet's. The Qur'an has not been expressed using any human's words. Its wording is letter for letter fixed by no one but Allah The Almighty (swt).

Prophet Muhammad (saw) was the final Messenger of Allah to humanity, and therefore the Qur'an is the last Message which Allah has sent to us. Its predecessors such as the Torah, Psalms, and Gospels have all been superceded. It is an obligation - and blessing - for all who hear of the Qur'an and Islam to investigate it and evaluate it for themselves. Allah has guaranteed that He will protect the Qur'an from human tampering, and today's readers can find exact copies of it all over the world and in so many places. The Qur'an of today is the same as the Qur'an revealed from Allah to Prophet Muhammad (saw).

I hope now you all understands if not much but at least a bit about what is Al Qur'an and its content. Al Qur'an is a very usefull resources to us and our future refferrences.
In next writing i will reveal to you all the content, the benefits of the "surah" and the translations of the "surah" and some other thing about the Al Qur'an. INSYAALLAH.

WASSALAM.

Thursday, February 15, 2007

ASSALAMMUALAIKUM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca Arah ke Syurga sekalian. Arah ke Syurga adalah nukilan terbaru dari saya untuk pembaca sekalian dan tulisan ini adalah semata-mata berkenaan dengan apa yang wajib dan harus pembaca sekalian ketahui agar perjalanan untuk mencapai matlamat yang mutlak di muka bumi Allah ini tidak menjadi sia-sia dalam menuju ke arah kehidupan yang kekal abadi yakni kehidupan kekal di Syurga.

Saya mendapat ilham untuk mewujudkan tulisan ini semasa sedang menunggang kenderaan saya untuk ke tempat kerja saya. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja saya terfikirkan tentang satu website yang baru sahaja diperkenalkan kepada saya oleh seorang yang boleh saya anggap sebagai tuan guru kepada saya iaitu En. Zahiruddin, websitenya berkenaan tentang apa itu Rezeki Halal. Satu website yang amat berguna dan memberi banyak pengajaran tentang erti bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha dengan segala dugaan-Nya.

Semasa saya menulis nukilan ini, hampir-hampir saya mahu menitiskan air mata saya mengenangkan apa yang telah saya capai dalam kehidupan saya selama hampir 29 tahun saya hidup dalam dunia ini. Mengapa saya sering berada dalam kesempitan, tidak tenang, gopoh dan pelbagai lagi. Apa yang telah dicapai? Jawapannya kosong. Apa yang telah dikumpulkan sebagai bekalan untuk menghadap-Nya kelak? Jawapannya juga kosong. Itulah apa yang boleh saya rumuskan dalam kehidupan selama hampir 29 tahun di dunia ini. Betapa saya berada dalam golongan orang-orang yang kerugian. Betapa leka dan alpanya saya dalam menunaikan tanggungjawab saya sebagai hamba-Nya.

Saya selalu terfikirkan ayat yang pernah disampaikan oleh seorang sahabat kepada saya, ayat itu adalah " Kejarlah Akhirat Kerana Jika Kamu Mengejar Akhirat Nescaya Dunia Akan Mengejar Kamu Tetapi Jika Kamu Mengejar Dunia Nescaya Akhirat Akan Meninggalkan Kamu" Apa yang dapat saya simpulkan disini adalah, kumpulkanlah sebanyak mana pahala yang termampu oleh kamu untuk menjadi bekalan semasa mengadap-Nya di Padang Mahsyar kelak kerana kehidupan yang kekal abadi hanyalah kehidupan di Syurga bukan di muka bumi ini. Apa yang bakal dibawa kesana esok hanyalah pahala kebaikan(amal), sedekah dan doa dari anak yang soleh.

Di blog ini akan saya war-warkan tentang apa jua perkara yang boleh mendatangkan pahala kepada kita. Semoga apa yang dilakukan oleh kita semua akan diberkati oleh Allah s.w.t. Oleh itu, bersama-samalah kita bermuhasabah tentang diri kita dan apa yang telah dilakukan bagi menambahkan lagi bekalan kesana kelak. Fikirkanlah tentang apa tujuan dan matlamat hidup kita di muka bumi ini.

Akhir kata dari saya, jika ada salah dan silap dalam penulisan saya ini nanti dapatlah kiranya diperbetulkan oleh pembaca sekalian, bersama-samalah kita tegur-menegur diantara satu sama lain, semoga dapat memperbetulkan diri kita sendiri. INSYAALLAH.

WASSALAM.