Sunday, May 27, 2007

Pentingnya Solat

Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasuluallah s.a.w tentang amalan yang paling diredhai Allah s.w.t

Baginda s.a.w menjawab “Solat”
Kemudian Abdullah bin Masud bertanya lagi, “selepas solat?”
Jawab Baginda s.a.w “menghormati kedua ibu dan bapa”
Abdullah bin Masud bertanya lagi “selepas itu”
Jawab Baginda s.a.w “Jihad”

Kenapa Solat (antaranya)

1. Solat adalah perintah yang diperintahkan oleh Allah.
2. Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari Akhirat adalah Solat.
3. Iman dan Solat adalah tanda seseorang itu Islam.
4. Jihad terbaik dalam menegakkan tiang agama Islam adalah Solat.
5. Solat adalah Nur bagi mukmin dan penghinaan bagi syaitan.
6. Allah bermurah hati dan memelihara hambaNya dari bencana selagi hambaNya mengerjakan Solat.
7. Allah mengharamkan api neraka menyentuhi anggota hambaNya yang mengerjakan Solat.
8. Allah mencintai hambaNya yang mengerjakan Solat tepat pada waktunya.
9. Anak kunci ke Syurga adalah Solat.
10. Sesungguhnya semasa hambaNya sujud ketika Solat, dirinya amat hampir dengan Allah s.w.t.
11. Tempat Solat dalam Islam umpama kepala pada badan dan Nur pada hati.
12. Sesiapa yang menunaikan Solat tanpa diketahui oleh sesiapa(Ikhlas kerana Allah) kecuali Allah dan Malaikat, api neraka tidak akan menyentuhnya.
13. Doa yg dipinta selepas setiap Solat fardhu akan dimakbulkan oleh Allah, samaada cepat atau lambat.
14. Syaitan tidak dapat menguasai hamba Allah selagi mereka tidak mengabaikan Solatnya.
15. Empat rakaat sebelum Zohor sama pahalanya dengan empat rakaat solat Tahajjud.
16. Solat dua rakaat di tengah malam (Solat Tahajjud) adalah lebih berharga dari segala kekayaan didunia ini.

Ini menunjukkan betapa pentingnya Solat di dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah kerana ia mencerminkan peribadi seseorang hamba Allah yang mulia……

INSYAALLAH.

WASSALAM.

1 comment:

Beebee said...

Salam,

Bagus content blog Ust Shawal ni. Tahniah.